Created by MyFitnessPal - Free Weight Loss Tools

6/30/11

PD50H - Hari Ke18

Update untuk hari nie.....

6/29/11

PD50H - Hari Ke16

6/27/11

PD50H - Hari Ke15

Assalam...den update berat terkini den untuk hari nie...walaupun den x berapa sihat tapi demi nak pastikan den x lari dari landasan,den gagah kan jua....den update kan sekali dengan menu den yer....

pada kengkawan yang bagi semangat,tq den ucapkan....lov u'olls.....


den bersyukur sangat2..timbang kali berjaya walaupun x sampai 1kg....jadilah dari x turun langsung kan...Alhamdulillah....

6/26/11

PD50H - Hari Ke14

Assalam......yang sebenar nya malas den nak update entry nie...hati den x tenang...naper yer?maybe abg "berahim" den x call n messaga2 dari semalam...mana dia g ek?pagi sabtu ada bagitau nak lik umah mak dia tapi sampai sekarang nan adoo berita dari dia....selalu lah macam 2....kadang2 den nak wat dunno jer tapi hati nie x keruan jer....

Ok, balik semula citer tentang PD50H nie...den macam dah x der semangat nak join...mana tak, den asyik ke laut jer diet....( salah sendiri makan x ingat dunia ).....tapi bila buat kira2 dengan fitnesspal.com nie,macam x banyak jer kalori den ambik....nak kata den wat atkins pun x,diet kalori pun x....yang sedang2 sajer.....yang den tau,den timbang pagi tadi,macam turun tapi naik dari yang bagi pada kak zel....huhuhu....



nie menu den untuk hari nie.....

6/25/11

Suker...Suker....Suker...Tak Suker....

Assalam.....macam aper lak kan....kejap suker kejap x suker...naper ek?opsss...sebelum terlupa,den nak bagitau...den x dapat nak tunjukkan menu den untuk 2 hari nie...nak kata sibuk,memang sibuk....macam2 den nak pikir...tapi insya Allah, den akan update esok n hari seterusnya....bukan aper...malas pun dah melanda...den pun bukan seorang yang rajin menaip nie...tapi....den akan cuba tabahkan hati yer...

Wah!!!panjang laj=k intro eh...ok2...nie den nak bgtau....den dah dapat tool baru untuk program diet den nie....yer geng,den berjaya beli timbang digital 2....seronok yang amat sangat...kat mana den beli?cosway cawangan Tampin......den kan pengguna Cosway sejak 2 menjak nie....apa lagi rembat lah apa yang patut...lagipun den dapat diskaun beli banyak sebelum nie...he he he...berbaloi....

Tapi bila part masuk x suker 2....den cuba timbang guna yang baru...OMG!OMG!OMG!....den banyak lah terkejut...adakah betul mata den yang tengok atau sebaliknya?huhuhu.....x yah lah den bagitau yer...rasanya dah dapat agak...sebabkan ini,mood den agak sedih n stress.....macam mana den nak hadapi sumer nie........

6/20/11

PD50H - Hari Ke8

Assalam....maaf yer kengkawan....den x update pun misi den 2 hari lepas...bukannya den x nak tp den dah tau mesti diet den ke laut..he he he...mn x nya...den g seremban tengok pameran pengantin, terus den cakap dengan mem n tuan besar den teragak nak makan A&W....so terus g masuk parking kat situ....memang nikmat sangat2..tp den dah langgar pantang....maaf yer penganjur....tapi den dah tebus semula dengan x makan malam...den banyak teguk air masak jer bergelas2....rasanya dah lebih dari 3 botol besar 2....

Hari ahad pun sama, den x update...den rasa macam den makan banyak tapi disebabkan x kira pun kalori,maknanya den x tau lah terlebih or x...he he he...

hasilnya....pagi tadi bila den timbang...hu hu hu....den x gerak walaupun seinci berat den....macam x percaya jer...x cayer?tengo bukti di bawah......


amacam?caya x?jeles den tengok...geng2 contest nie ramai yg berjaya turun kan KG...den yo x....

tapi misi tetap diteruskan...pantang mengalah sebelum mengundur...chaiyok!!!!!!

6/17/11

Dulu n Sekarang

Assalam...geng PD50D den ada tayang gambar2 zaman kegemilangan masing2....den pun teringin gak....tapi den terbalik....cer tengok cer tengok...


Amacam?ada perubahan tak pada amatan korang?gambar sebelah kiri masa tahun 2007...gebus x pipi den?he he he...masa 2 pagi lepas solat raya puasa kalau x silap,berat den masa 2 110kg.....

gambar sebelah kanan lak tahun 2008...masa nie den ikut rombongan sekolah ke masjid kristal, terengganu....macam dah susut sikit lak kan...den amalkan biodex..turun memang turun tapi haab den nak beli barang dia....mahal weiiii!!!!!!...den turun 3kg masa 2....

ha!gambar tengah lak kan....masih fresh,segar dari ladang.....den baru ambik petang tadi..mintak tolong kawan den...masa taip nie pun masih lagi pakai baju yang sama...ada perbezaan x?cer bgtau....last den timbang,berat den 99kg...betul x kak zel?

2 jer lah den nak kongsi citer dengan geng2 sumer...bye, assalam....

Update Gambar....

Assalam....maaf lah yer kengkawan....den lambat upload gambar den...nnt den bg kat kak zel untuk simpanan....



6/16/11

PD50H - Hari Ke4

Segmen Tajaan PD50H

Assalam.....den nak promote penaja untuk contest PD50H...Penaja nie namanya Kak Miah....Sesiapa yang berminat nak membeli kain ela jenis cotton, memang berbaloi dapatkan kat sini....Macam2 jenis kain cotton yang boleh didapatkan di sini...meh tengok gambar yang den letak kat sini....

Harga pun sangat murah..
Kain dijamin berkualiti tinggi..
Ikutkan, Kedai Kain Yang Yang Tg Malim ni, jual lagi murah..
Tapi alamak aiii.. keras kedengkang kain nyer..
Pastu bila dah masuk mesin basuh..
Memang tak koser nak gosok dah..
Kedut yang tahap langit ke 8 punya..
TAPI..

Kain ela Kedai Kak Miah lain..
Lembut dan sejuk..

Tak percaya.. CER BELI :)


Lebih dari 300 design untuk dipilih..
Confirm tak sama dengan kawan-kawan sepekan..



Lebih menarik hati lagi..
Kain2 ini tak semestinya dibeli 4 meter..
Boleh request bape meter mahu :)

Dan... sekarang sudah dibuka tempahan untuk jahitan..
Baguskan..
Pilih kain.. bagi ukuran badan..
Kak Miah pos..
Sampai-sampai terus boleh pakai :)

Apa lagi..
Jom jengah kedai Kak Miah :)

6/15/11

bali-simple-giveaway-for-fabulous followers

Assalam permulaan bicara...fulamak...macam nak berpidato lak..(walaupun....)...den pertama kali nak join contest nie...yelah...bila tengok keychain yang menjadi taruhan,tergerak lak hati den nak cuba join contest nie..mana lah tau ada rezeki lak kan...sekurang-kurangnya leh gak den bangga diri bila ada koleksi keychain dari Bali nie....nak pergi sendri memang x tau lah bila....bak kata Zizan Rajalawak " Eden torai "......

Penyertaan dibuka kepada sesiapa jer...yang penting jadi follower en.eqbal nie....ok yer kengkawan...saper yang nak join contest nie, klik LINK sini yer....enjoyyyyy....

PD50H - Hari Ke3



nie untuk hari ke den join...kwn2....amacam?ok x ok?he he he...

6/13/11

PD50H - Hari Pertama

Assalam..menu untuk hari ini....terlebih lak kalori den ari nie....tp still on the track....insya Allah...

Petua Dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat

1. Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepadacebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan??

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


p/s:untuk lebih lanjut klik lah sini

Permulaan.....

Assalam,nie lah update terbaru den....



99kg!!!

6/12/11

Misi Baru.....

Assalam kawan2.....sori lah ddah berapa hari den tak update...masih dalam mood cuti...ari nie lak last cuti....macam tak cukup jer...sabar2....

Oelh sebab den join contest PD50H nie,den nak share gambar timbang den....gambar den nanti lah dulu....nak cari orang yang leh ambikkan gambar...suruh adik den, malu.......dah lah lelaki...kang dikutuk2 den....wat sakit hati jer....tengok lah yer.....

6/5/11

Demam......

Assalam....den dah mula dapat penyakit yang memang x tunggu selama nie...sakit lain jer den tunggu...he he he....den DOMAM!!!!...macam mana lah den dapat penyakit nie?nak kata kena hujan x der lak kan....cuaca panas x jugak...hu hu hu....

Lepas jer den g jalan2 cari makanan,terus den rasa sakit tekak..mula2 ingat sebab den kuat minum ais atau banyak makan lauk kenduri tapi den dah rasa lain macam jer badan den nie...

Bangun tidor jer den dah rasa berat jer dada den...sah2!!!!!sakit tonsil den datang semula...nie mesti den ada silap makan nie....den dah lama x demam tonsil,nie kena semula....nasib baik ada stok ubat....banyak nyer ubat yang den kena makan....batuk x usah cakap lah...bila dah demam harus lah batuk sekali....

Tadi den g Carrefour senawang...jalan2 cari barang....den dengan megahnya g lah timbangkan...nak tau sangat kalau guna timbang digital n elektronik nie,leh percaya ker x?tapi den tetap x percaya.....sebab?den dah turun KG.....berapa?I'm Sorry!!!!!den x leh nak view berat den...sekarang nie kan den dah join contest kak zel 2...mestilah ikut peraturan...walaupun belum mula tapi harus ikut gak...nanti kurang surrise lak korang2 nie....saper2 yang nak join, meh lah join.....

Ok lah...2 jer yang den nak share kan hari nie....mata dah mula layu nie....den chow dulu yo....Assalam....

6/3/11

MISIKU-Atkins Diet

Jom Join Contest Nie....




den dah join contest nie...harap2 den akan berjaya dengan misi yg den asyik tangguh dari dulu lagi....

saper2 yang nak join, KLIK SINI.....

Entry Berpassword

Assalam.....selamat bersiaran....den nak tanya kat kengkawan di alam maya nie...saper yang leh tolong den buat entry yang ada password nie?den dah google tapi den x berapa faham...ada lak bloggers yang tolong den tapi bila tang nak cpy scrip x leh lah...hu hu hu....saper yang leh tolong den nie eh?tulun2...

sebab aper den sibuk2 nak wat entry berpassword nie?adlah rahsia yang den nak luahkan tapi bukan dengan saper2...lum masanya lagi....nanti den buka lah semula entry 2....leh kan....