Created by MyFitnessPal - Free Weight Loss Tools

2/16/11

Biasa Yang Berbisa

Kelihatan seekor kala jengking berdiri di tebing sungai. Ingin menyeberang ke tebing sebelah sana. Lalu, ia meminta katak membawanya ke tebing seberang sana.

"Bagaimana aku yakin kau tidak akan menyengat aku?" Tanya katak.

"Kerana aku akan lemas kalau aku menyengat engkau," jawab kala jengking.

Ada benarnya kata-kata kala jengking itu, lalu katak membenarkan kala jengking memanjat ke belakangnya. Dan katak pun berenang.

Sampai di pertengahan sungai, kala jengking menyengat belakang si katak. Sebelum kedua-duanya lemas, sempat katak bertanya, "tapi kenapa?"

"Biasa lah," jawab kala jengking. Dan kedua-duanya mati lemas, di tengah sungai.

Biasa buat? Bisa buat?

Banyak benda biasa, yang mana bila kita biasakan, boleh menjadi bisa yang akhirnya membunuh diri kita. Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Ibnu Rajab al-Hanbali dan Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab mereka Tazkiyatun Nufuz wa Tarbiyatuha kama yuqarrirruhu Ulama As Salaf menuliskan terdapat empat racun hati yang paling biasa dilakukan, tetapi mempunyai kesan besar kepada hati, iaitu banyak berbicara, pemandangan yang tidak dijaga, terlalu banyak makan dan banyak bergaul dengan sembarangan orang.

Abu Hurairah berkata, hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para perajuritnya. Apabila raja baik, maka baik lah para perajuritnya. Dan apabila raja busuk, maka busuk lah para perajuritnya.

"Biasalah!"

Selalu kita dengar orang beralasan dengan alasan 'biasa' bila ditegur tentang sesuatu. "Biasalah. Doktor hisap rokok, ustaz-ustaz pun hisap rokok," itulah jawapan bila ditanya kenapa merokok.

"Alah, lewat sikit saja, bukan tak datang langsung pun. Biasalah, kita kan orang Melayu," respon bila digesa untuk tidak datang lewat.

Apa masalah sebenar?

Masalah doktor atau ustaz juga hisap rokok, atau masalah dilahirkan sebagai orang Melayu (baca: salah ibu mengandung)?

Atau ini sebenarnya masalah sikap?

Benar. Ini masalah sikap (attitude). Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita.

Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap, tanpa terlebih dahulu menjaga hati kita?

Fikir dengan akal, tilik pakai hati.

p/s: nie den dapat dari laman web luvislam...baca yer jangan x baca....

2/14/11

Bebanan....

Assalam....topik ari nie den nak sentuh tentang bebanan kerja or tugasan...x kira apa jenis jawatan or jabatan tapi seharusnya bebanan 2 mesti lah adil...

Sebab aper den cakap macam 2 dan den rasa sumer orang akan setuju dengan pendapat den nia....sumer orang mempunyai tugas masing2 tapi akan jadi lebih ringan dan mudah sekiranya dibahagikan sama rata...x kira lah sama ada orang 2 terkenal or tak...kadang2 orang yang diam 2 lebih banyak ilmu nya dari orang lain tapi...orang yang pot pet, hepi2 selalu 2 bukan x cerdik.....sama2 pandai n banyak buah fikiran tapi x salah kalau dengar banyak pendapat kan....

Den x kata den banyak bebanan keje ( rasanya banyak gak he he he )cuma den x puas ati n rasa adil pada kengkawan yang lain...bebanan keje yang mereka dapat terlalu banyak....ada jer nama2 mereka terselit dalam jawatan n tugas2 khas....den x lah banyak jawatan tapi jawatan yang den pegang leh tahan penting n besar....sampai den pun rasa tension dengan keadaan sekeliling.....hu hu hu

2/9/11

TRAUMA

Perkataan yang berada dalam fikiran den sejak 3 minggu nie...macam2 hal yang berlaku untuk wat majlis pakcik den....ada suka duka nak pastikan majlis 2 jalan dengan baik...

Den pun x tau apa puncanya yang berlaku tapi nie dah melibatkan mak n wan den....den rasa terpanggil gak nak kenalpasti....sampai den g sekolah pun rasa macam di awang-awangan...hu hu....

Bila den sibuk2 uruskan majlis pakcik, ada lah seorang kawan bagitau den....sebenarnya niat dia baik....adakah orang yang pernah aku tolong dan susah payah nie akan tolong aku untuk majlis aku nanti?mmmmmm...tetiba den punn terpikir macam 2 gak..bila den bagitau mem besar,dia cakap kalau majlis den esok, wat sendiri jer...x yah nak bergantung dengan orang lain....wat keje sorang2 jer lagi bagus.....

den pun rasa macam 2 gak...kalau dah hal yang kecil2 pun nak bergaduh2 anak beranak, baik settle sendiri....senang ati n puas ati....

MALAS NAK WAT KEJE LAIN.....

Salam uoooolllllssss....sekarang nie den bersiaran di bilik guru...ha...ha....2 nak cakp yang den curi tulang lah 2...bukan lah...den boring sangat2 sekarang nie...keje banyak tapi den malas...bercabang2 keje den nak setel kan...mmmmm mcm mana eh nak wat keje nie....saper leh tolong?help...help.....bosannya......