Created by MyFitnessPal - Free Weight Loss Tools

7/6/11

"Eh, Kamu nak jadi ustazah ke?"

Hari itu adalah hari penyerahan kad laporan peperiksaan. Seperti biasa ibu bapa sibuk bertemu dengan guru-guru kelas dan guru-guru yang mengajar untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka. Tiba-tiba datang rakan saya Ustazah Sal mengadu.

"Macam-macam perangai la parents ni!" rungut Sal

"Kenapa Sal?" Tanya saya

"Tu, ada mak pelajar saya tadi, anak dia dapat 96% untuk subjek Pendidikan Islam, dia bukannya bersyukur, tapi kata pulak kat anak dia.."

"Kata apa?" tanya saya ingin tahu.

"Sambil marah, dia sindir pada anak dia, "Eh, kamu nak jadi ustazah ke, dapat agama tinggi nih?" Mana saya tak sedih" kata Sal.

"Dah la tak syukur, pandang rendah pula kat subjek Pendidikan Islam, lepas tu, ingat jadi ustazah tu hina sangat ka" tambah Sal, lagi.

Saya perasan, memang Sal amat terkilan, saya pun terkilan. Ini bukan masalah menjatuhkan air muka seorang rakan, tapi soal sikap ibu bapa hari ini. Serta sikap segelintir masyarakat secara keseluruhannya. Pendidikan Islam dianggap tidak penting dalam senarai pencapaian akademik mereka. Biar Pendidikan Islam dapat rendah, asalkan subjek lain terutamanya Matematik dan Sains dapat tinggi. Baru masa 'depan' terjamin, fikir mereka.

Namun lebih jauh dari itu, terdetik di hati, Pendidikan Islam bukan sahaja untuk dikuasai semasa peperiksaan, bahkan matlamat sebenarnya adalah untuk diamalkan. Hari ini manusia memandang rendah pada pendidikan Islam sebab mereka melihat pendidikan ini menggunakan kacamata maddiyyah (kebendaan). Mereka lihat masa depan yang dekat. Tidak mencecah ke alam yang satu lagi.

Realitinya kini agak berbeza. Daripada sekian ramai pelajar-pelajar yang melangkah pergi sekolah, berapa ramai yang belajar kerana Allah. Sekurang-kurangnya untuk pendidikan Islam, tasawur Islam atau seumpamanya, berapa ramai yang ikhlas untuk mengamalkan ilmu serta mendakwahkan kepada orang lain.

Daripada sekian ramai ibubapa yang menghantar anak ke sekolah, berapa ramai yang mengharapkan anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, bukan sekadar mengharapkan anaknya menjadi doktor yang hebat serta jurutera yang cekap.

Soalan yang saya sendiri tak mampu menjawabnya.

Saya teringat lagi hari penyerahan kad laporan itu. Memang tak dinafikan ramai ibu-ibu yang tidak bertudung, memakai jean, blaus dan seumpamanya. Tapi, namanya Islam. Ibu-ibu inilah yang akan dan sedang mendidik anak-anak muda generasi baru.. Salah satunya saya sapa:

"Assalamualaikum, puan!"

"Selamat pagi" jawabnya.

Terkedu saya dibuatnya.

- Artikel iluvislam.com

7/2/11

I'M A BRIDE TO BE.....

Assalam....sempena entry den dah ke100 nie,den nak wat pengumuman...den seorang bakal pengantin...hehehe(gelak sopan,malu...)kalau ikut perancangan,den akan buat majls bersejarah pada tahun ini jugak...cuma tarikh den x confirm lagi...

So,MISI den sekarang nie ialah.....KECIKKAN SAIZ BADAN....hahaha....selain dari nak teruskan pencarian barang2 dan apa sahaja yang berkaitan dengan majlis kahwin den 2.....nanti den update sumer yer...

setakat nie den dah mula cari barang secara berdikit-dikit...yelah,den bukannya sesenang macam yang lain...kalau beli dari sekarang, den leh jimat sikit duit den 2...kalau beli sekaligus,harus lepas majlis den macam ayam berak kapur...Insya Allah,den akan pastikan majlis berjalan dengan lancar dan diberkati...Aminnnnnnn

PD50H - Hari Ke19 & Hari Ke20

Update untuk 2 hari sekaligus....Hari nie terlebih exercise sebab den incharge senamrobik sempena Program 1 Murid 1 Sukan...tapi ada lak tragedi yang kurang best berlaku...sumer pihak rasa terkena...huhuhu...x nak dah libatkan diri lepas nie...sedih2..baik den dengan murid2 den jer...lagi mantap...